Monday, 28 March 2011

ASSIGNMENT GLAB




 DEFINE INTERNET

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet.







 

 ETHICS IN USING INTERNET 


1) Jangan menyindir, menghina, melecehkan, atau menyerang peribadi seseorang/pihak lain.  

2) Jangan sombong, angkuh, syok tahu, syok hebat, merasa paling benar, egois, berkata  kasar, kotor, dan hal-hal buruk lainnya yang tidak boleh diterima orang.

3) Menulis sesuai dengan aturan penulisan baku. Ertinya jangan menulis dengan huruf besar semua (kerana akan dianggap sebagai ekspresi marah), atau penuh dengan singkatan-singkatan tidak biasa dimana orang lain mungkin tidak mengerti maksudnya (boleh menimbulkan salah pengertian).

4) Jangan mempemerkan hal-hal yang bersifat peribadi, keluarga, dan sejenisnya yang boleh membuka peluang orang tidak bertanggungjawab memanfaatkan hal itu.

5) Perlakukan pesan peribadi yang diterima dengan tanggapan yang bersifat peribadi juga, jangan pemerkan di forum.

6) Jangan turut menyebarkan suatu berita/informasi yang sekiranya tidak logik dan belum pasti kebenarannya, kerana boleh jadi berita/informasi itu adalah berita bohong (hoax). Selain akan mempermalukan diri sendiri, orang lain pun boleh tertipu dengan berita/info itu bila ternyata hanya sebuah hoax.

7) Sekiranya mahu menyampaikan saranan/kritik, lakukan dengan personal message, jangan lakukan di depan forum kerana hal tersebut boleh membuat tersinggung atau rendah diri orang yang dikritik.

8) Selalu memperhatikan Hak Atas Kekayaan Intelektual (HAKI). Ertinya jangan terlibat dalam aktiviti pencurian/penyebaran data dan informasi yang memiliki hak cipta.

9) Jika mengutip suatu tulisan, gambar, atau apa pun yang boleh/diizinkan untuk diumumkan kembali,hendaklah menuliskan sumber aslinya.

10) Jangan pernah memberikan nombor telefon, alamat email, atau informasi yang bersifat peribadi milik orang lain kepada pihak lain tanpa persetujuan tuan itu sendiri.







INTERNET SERVICES


Pembekal khidmat internet (kep. PKI, atau dalam bahasa Inggeris: internet service provider, ISP) merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian Internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, kebanyakan PKI merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai duit dan kepakaran boleh melakukannya. Selain khidmat capaian Internet melalui capaian dailan dan DSL, PKI juga boleh menawarkan perkhidmatan lain seperti transit Internet, pendaftaran nama domain dan hos web serta kolokasi.


Contoh-contoh internet services :


GOOGLE


GOOGLE CHROME


YAHOO


MOZILLA FIREFOX











SOCIAL NETWORKING SITES




CouchSurfing 
PENGGUNAAN   : Rangkaian sejagat untuk menjalin hubungan dengan pelancong dan komuniti tempatan yang dikunjungi mereka

DeviantART 
PENGGUNAAN   : Komuniti seni

Facebook 
PENGGUNAAN   : Umum

Flickr 
PENGGUNAAN   : Perkongsian foto, memberi pesan, perangkaian berkaitan fotografi, seluruh dunia

Friendster 
PENGGUNAAN   : Umum, popular di Asia Tenggara tetapi tidak popular lagi di dunia Barat

Grono.net 
PENGGUNAAN   : Umum, berpusat di Poland &&&&&&&&02000000.&&&&&0

Habbo 
PENGGUNAAN   : Umum untuk remaja, melebihi 31 komuniti di seluruh dunia; bebilik sembang dan profil pengguna

Last.fm 
PENGGUNAAN   : Muzik

MyLife 
PENGGUNAAN   : Mencari kawan dan keluarga, memelihara hubungan (dahulunya Reunion.com)

MySpace 
PENGGUNAAN   : Umum, menghilangkan sesetengah kepopularannya pada 2007 dan 2008 tetapi mula  menghayati sedikit kemajuan baru-baru ini

Nasza-klasa.pl 
PENGGUNAAN   : Sekolah, kolej, dan kawan, popular di Poland

Twitter 
PENGGUNAAN   : Umum, mikropemblogan, RSS, laporan kemas kini










THE PURPOSE OF USING INTERNET




Antara tujuan penggunaan internet adalah :

1) salah satu cara untuk berkomunikasi

2) mendapatkan maklumat

3) sebagai hiburan

4) servis seperti perbankan dalam talian,melihat ruang pekerjaan,membeli tiket,membayar bil dan banyak lagi

5) E-Komersial


Frequency of using the Internet for different purposes

Wednesday, 16 March 2011

Pantau syarikat warga asing bina sistem maklumat keselamatan negara

ISU keselamatan negara perlulah diambil perhatian dan dititikberatkan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan soal keselamatan negara tidak diperkotak-katikkan oleh negara luar yang selama ini memang mencemburui keamanan negara kita.
Saban hari, saya terbaca di Internet yang membicarakan soal keselamatan negara terutama di bawah KDN. Bagaimana begitu mudah rakyat Indonesia memasuki negara ini berulang kali walaupun telah 'ditangkap' juga berulang kali oleh anggota keselamatan.
Yang menjadi kemusykilan, bagaimana 'sistem' kemasukan pelancong atau pekerja asing dinilai dan ditapis oleh 'sistem maklumat' kerajaan? Jika pelancong atau pekerja asing tersebut telah menukar nama atau identiti, adakah sistem keselamatan negara dapat mengetahui identiti asal pelancong atau pekerja asing tersebut? Jawapan yang saya ada sekarang ialah TIDAK.
Saya dikejutkan dengan penemuan pertama apabila seorang pelancong 'tulen' dari seberang mengakui bahawa nama asalnya tidak sama dengan yang tertera di dalam pasportnya sekarang. Kata pelancong tersebut, mereka hanya memerlukan kurang daripada Rp2 juta (RM700) untuk menukar identiti diri atau membuat pasport berlainan di negara asal mereka dan kemudian boleh memasuki mana-mana negara tanpa ada sekatan.
Ini terbukti, dia dapat masuk ke negara ini tanpa dapat dikesan identiti asalnya. Walaupun 'kesalahan lalu' yang dibuat bukanlah terlalu berat iaitu 'duduk melebihi tempoh yang ditetapkan visa', namun ia membuatkan kita berasa curiga mengenai sistem keselamatan yang ada di setiap pintu masuk negara ini dalam memastikan tidak dibolosi penjenayah-penjenayah berat.
Kedua, saya difahamkan sistem biometrik yang digunakan dalam kad pekerja asing (I-Kad) dan sistem kawalan pintu masuk yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh warganegara asing yang 'memenangi' banyak anugerah dan mempunyai 'patent pending' di lebih 100 buah negara telah tidak berfungsi sejak awal tahun 2010.
Akibatnya, kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana warganegara asing berkenaan enggan bekerjasama menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan, telah cabut ke luar negara membawa bersama keuntungan berpuluh-puluh juta.
Oleh yang sedemikian, saya amat-amat berharap pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri mengarahkan pegawai kerajaan agar lebih berwaspada dalam isu keselamatan dalam negara terutamanya melibatkan pembinaan 'sistem-sistem keselamatan negara' agar tidak diberikan kepada syarikat-syarikat yang berdaftar di Malaysia, tetapi dimiliki oleh warganegara asing atau selepas diberikan kontrak yang besar, ia dipindah milik kepada syarikat-syarikat lain yang pada zahirnya juga berdaftar di Malaysia tetapi dimiliki warganegara asing.
Apakah perlu kita mendapatkan khidmat syarikat asing untuk membantu membina sistem maklumat keselamatan negara, sedangkan di dalam negara kita mempunyai banyak pakar pembina sistem yang lebih canggih dan selamat? Tidakkah ini akan mendedahkan keselamatan negara kepada ancaman luar jika sistem keselamatan negara dibina oleh syarikat berdaftar di Malaysia tetapi sebenarnya dimiliki oleh warganegara asing atau syarikat asing?
Pada masa kini, banyak isu dan komen di Internet menyatakan, kerajaan Malaysia telah memberikan Letter of Award (LOA) untuk membina 'sistem kawalan keselamatan' dengan nilai kontrak RM400 juta selama lima tahun pada Mei/Jun 2008 kepada sebuah syarikat tempatan, tetapi setelah satu tahun kontrak tersebut dilaksanakan, dan memperoleh keuntungan bersih lebih RM110 juta dalam masa yang singkat, syarikat tersebut kemudian menjual 100 peratus sahamnya dengan harga RM170 juta kepada sebuah syarikat berdaftar di Malaysia tetapi dimiliki 98 peratus warganegara asing
Sama dengan syarikat yang diberikan kontrak I-Kad itu, syarikat warganegara asing itu juga menggunakan taktik-taktik seperti memenangi banyak anugerah dan patent pending di lebih 100 buah negara, tetapi sebenarnya tidak mempunyai sebarang reference site pun.
Ini adalah mengenai isu keselamatan negara dan ia mesti berpaksi kepada cintakan negara, bukannya mencari keuntungan singkat dan kerajaan yang akan mengalami masalah di kemudian hari. Oleh yang sedemikian, kawalan khas iaitu seperti 'mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum menjual saham kepada warganegara asing' perlu dimasukkan dalam terma perjanjian dan perlu ada exit clause dalam kontrak tersebut supaya kerajaan mempunyai hak untuk menghentikan kontrak tanpa membayar apa-apa pampasan kepada syarikat tersebut.
Kerajaan harus lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek mega dan perlu mendapat maklum balas daripada rakyat terlebih dahulu atau melantik juru perunding khas, sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan jumlah kos yang besar kerana dikhuatiri ia akan menyusahkan rakyat dan kerajaan semula di kemudian hari.
Kerajaan harus menjalankan Due Diligence kepada akaun-akaun dan inbois-inbois untuk memastikan syarikat tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti window dressing dan creative accounting untuk memberikan gambaran palsu bahawa kedudukan kewangan syarikat tersebut betul-betul kuat dan berpuluh juta hasil pendapatan datang dari luar negara, tetapi sebenarnya pendapatan dan keuntungan yang dilaporkan adalah dari Malaysia, yang belum mempunyai apa-apa hasil pun.